Petua Menjawab Soalan Sains Pertanian

1. Letakkan sasaran bahan yang hendak dibaca. (Tajuk, muka surat)


2. Baca ‘laju’ untuk mengetahui sepintas lalu kandungan bahan yang hendak dibaca

3. Baca kali kedua dengan pembacaan teliti sambil “highlight” perkataan-perkataan-perkataan penting atau kata kunci.
4. Ulang ‘baca laju’ sambil menumpukan kepada kata kunci yang telah di highlight.
5. Cuba senaraikan kembali kata kunci yang telah di highlight keatas sekeping kertas
6. Olah kembali kata kunci tersebut dengan gaya bahasa sendiri yang anda faham hasil pembacaan tadi
7. Bandingkan huraian anda berdasarkan pemahaman anda tadi dengan kandungan teks asal
8. Ulang langkah diatas sehingga anda benar-benar berpuas hati dengan kefahaman yang anda perolehi hasil pembacaan itu.


Perhatian:

1. Jangan pentingkan kuantiti pembacaan tetapi kualiti.

2. Jangan terlalu gelojoh dalam membaca. Pastikan anda benar-benar fahamsebelum pindah ke muka surat atau bahan bacaan seterusnya.
3. Untuk kiraan baja , belanjawan yang memerlukan pengiraan, elakkan dari sekadar membaca. Banyakkan latih tubi (Latihan pengiraan). Anda tidak akan faham hanya sekadar membaca.
Pesanan Dari: Guru Cemerlang (GC) Sains Pertanian DG48 di SMK Kg. Soeharto,44010 Kuala Kubu Bharu ,Selangor.