Anda stress ?

Cikgu percaya sekarang ni dah semakin ramai pelajar yang stress. Pada cikgu itu satu petanda yang baik. Tapi biarlah pada keadaan stress yang betul iaitu stress kerana peperiksaan dah dekat. Jangan la pulak stress pada perkara yang tak sepatutnyer seperti stress dengan kekasih.

Tahukah kamu apakah tanda-tanda yang kamu sedang dalam keadaan stress?
Kebiasaannya mereka yang mengalami stress ini akan merasai gejala seperti

  1. Gelisah
  2. Risau yang keterlaluan
  3. Sukar untuk tidur
  4. Kurang tumpuan untuk berkerja
  5. Cepat marah 

Antara punca yag menyebabkan stress dalam kalangan pelajar adalah disebabkan masalah study last minit.Tidak semua orang mampu untuk berlajar dengan menggunakan kaedah ini. Oleh sebab itu semua pelajar adalah digalakkan untuk study awal seboleh-bolehnya sebelum guru mengajar.

Masalah kewangan juga turut menyumbang kepada wujudnya tekanan dalam diri kita. Gejala ini sering terjadi kepada golongan yang telah mempuyai tanggungan yang banyak.

Masalah dalam keluarga juga turut akan mempengaruhi emosi pelajar. Hal seperti ini sepatutya perlulah ditangani dengan bijaksana oleh ibu bapa.

Bagi pelajar pula terdapat beberapa kaedah untuk menangani gejala stress ini. Antaranya ialah amalkan prinsip 10B;

  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkatalah, RILEKS LA BRO
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berehat sambil mendengar al-quran
  7. Beriadah
  8. Bersenam
  9. Berfikiran positif