ALATAN TANGAN ELEKTRONIK


  1. Playar Muncung Tirus

    – Digunakan untuk memegang komponen kecil dan membengkokkan kaki komponen
  2. Pemotong Sisi

    – Digunakan untuk memotong lebihan kaki komponen
  3. Penjalur Wayar

    Penjalur Wayar Mudah

    Penjalur Wayar Spring

    – Digunakan untuk memotong dan menjalur wayar

  4. Pemutar Skru

    Pemutar Skru rata

    Pemutar Skru Philips

    – Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skru

  5. Alat Pematri Elektrik
    – Digunakan untuk mencairkan timah patri dan mengikat kaki komponen elektronik
  6. Stesen Pematri
    – Digunakan untuk meletakkan pematri yang panas dan mengawal suhunya
  7. Penyedut Patri
    – Digunakan untuk menyedut patri yang berlebihan atau membuang patri untuk pematrian semula